Thursday, 26 April 2012

Bicara berirama

Cerna Minda
MBMMBI

Satu lagi aktiviti MBMMBI adalah aktiviti "cerna minda" . untuk itu, pelajar-prlajar tingkatan 3 SMKTTJ telah mempersembahkan "Bicara berirama" semasa perhimpunan pada pagi ini (khamis - 26/4/12)

Hal ini adalah juga sebagai persediaan mereka untuk menyertai pertandingan peringkat daerah sabtu ini. Tahniah diucapkan dan semoga berjaya.


Selamat berjaya :)

Wednesday, 25 April 2012

Papan kenyataan


Ini adalah papan kenyataan mbmmbi. Di dalamnya, terdapat beberapa maklumat penting seperti senarai ahli jawatankuasa mbmmbi, info terkini, senarai aktiviti dan lain-lain untuk memberi info kepada pelajar-pelajar.


AJK mbmmi sedang menghias papan kenyataan.

Tuesday, 10 April 2012

Aktiviti Petah Bicara

Pada hari yang lepas, aktiviti petah bicara telah diadakan. Seorang wakil pelajar daripada Tingkatan 1 telah menyampaikan syair di atas pentas. Tujuan aktiviti dijalankan untuk memberi peluang kepada para pelajar menunjukkan bakat yang terpendam.

Thursday, 9 February 2012

Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Kali Pertama.

Mesyuarat pertama ini adalah bagi penubuhan jawatankuasa MBMMBI peringkat sekolah yang telah dilantik. Turut dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini meliputi panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tarikh : 9 Februari 2012
Masa : 12.00 Tengah hari
Kehadiran : Semua guru Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Penolong Kanan Akademik (Pengrusi)

Agenda :

  1. Ucapan pengerusi
  2. Hal Ehwal MBMMBI
  3. Objektif MBMMBI
  4. Aktiviti
  5. Jawatankuasa kerja
  6. Hal-hal lain.
mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang